Friday 21 October 2011

pemuzik jalanan

mengingati segala nya tentang kau
dan perkara-perkara yang berlaku sekeliling aku
seperti pemuzik jalanan yang sedang menyusun
not-not lagu dan lirik nya beserta susunan muziknya.
berima,berentak dan bernada.
itu seperti perkara-perkara yang berlaku.
yang sedih.
yang terluka.
yang gembira.
yang berkaitan kau,kebamyakkan nya.
kau dan perkara-perkara ni,berputar-putar seperti muzik dalam kepala aku.
susah nak hilang.
irama nya pelik tapi indah.
aku suka ini pemuzik jalanan dalam kepala .

Thursday 20 October 2011

kertas

aku seperti kertas.
diconteng,diam.
ditulis,diam.
dilukis,diam.
..........
habis disitu .

Monday 17 October 2011

aku suka kehidupan aku yang sekarang.
penuh dengan keseronokkan.gembira.
dan walaupun penuh dengan tekanan,sakit,kebosanan.
aku tetap suka dengan kehidupan aku :)

Saturday 15 October 2011

nanti dulu

nanti dulu
belum sampai masa untuk aku
kongsi hasil karya aku ni.
terhad untuk orang-orang tertentu dulu :)

tenang.

aku suka menulis.
aku lebih tenang dengan menulis.
aku curah perasaan aku dengan menulis.
apa yang terindah.
perasaan yang terindah.
perasaan yang terluka.
perasaan yang tersedih.
perasaan yang teringat.
semua aku tulis.
tak tinggal walau satu perkara.
aku lebih tenang begini.
bila gembira,aku ceritakan pada tulisan aku.
bila sedih,aku luahkan pada tulisan aku.
hasilnya.
bila terluka,termarah,tersakit hati aku luah pada tulisan aku.
aku tenang seterusnya tersenyum.
tanda ketenangan telah tiba.
hanya aku tahu ketenangan aku seperti apa.
hanya aku faham ketenangan aku seperti apa.
hanya aku yang kenal tenang.
aku yang merepek adalah aku yang berkarya .
ayat-ayat jiwang yang terhasil,adalah berdasarkan keadaan perasaan jiwa aku ketika itu :)

Saturday 8 October 2011

aku sekarang sedang masih mengutip saki-baki diri aku yang tidak tetap untuk dicantumkan supaya menjadi yang asal dan tetap.
agar menjadi yang dulu.
di hari sebelum-sebelum ni.
aku mengaku,aku hilang.
selalu tak tetap dari realiti.
selalu jauh dari realiti.
selalu rasa aman lebih dari realiti.
berlaku kerana imaginasi aku melebihi dari realiti.
selalu berimaginasi perkara-perkara yang indah.
selalu berimaginasi jauh dari tekanan dunia.
selalu berimaginasi ala-ala dogeng.
selalu berimaginasi yang tenang.
yang membuat aku ingin terus hidup di sana.
tanpa risau dan ragu.
tanpa sedih dan kecewa.
hanya ketenangan dan tawa.
aku sorang yang tahu imaginasi aku seperti apa.
maka,aku selalu hilang.
hilang dek imaginasi.
aku pendekkan ayat .

kawan-kawan aku lebih hebat dari mereka-mereka yang pernah teman aku di sebelah aku ;)

Saturday 1 October 2011

harapan.

aku sayang kau tapi kau sayang dia.
aku rindu kau tapi kau rindu dia.
aku bagi hati aku dekat kau tapi kau bagi hati kau dekat dia.
aku mengharap kau jadi hak aku kembali tapi kau mengharapkan dia jadi hak kau kembali.
aku tunggu kau tapi kau tunggu dia.
senyuman kau,ketawa kau,tangan kau yang aku rindu tapi senyuman dia,ketawa dia,tangan dia yang kau rindu.
aku nak kau cakap ily dekat aku tapi kau nak dia cakap ily dekat kau.
 
itu harapan aku.
memang mnyakitkan bila aku dapat tahu kau masih tunggu dia.
itu hak kau.aku sedar tu.
tapi itu harapan aku dan aku harap ia akan jadi kenyataan.
harapan.